Kelas ICT – Kuiz Microsoft Word

14 Januari 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 13 Januari 2024, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Melugu telah mengadakan Kelas ICT bertajuk Microsoft Word kepada ahli-ahli PEDi Melugu. Kelas ini diadakan bertujuan untuk mengulangkaji peserta tentang alatan-alatan yang terdapat dalam Microsoft Word yang telah dipelajari.

Dalam kelas ini, peserta dikehendaki untuk mengenalpasti dan melabel perkataan yang betul tentang Microsoft Word menggunakan template Hangman di laman web Wordwall. Peserta diminta untuk maju ke hadapan dan memadankan perkataan berkenaan di Smartboard. Markah akan dikira berdasarkan jumlah perkataan yang ditempatkan bagi melengkapkan ayat yang betul.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali